- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
- Wanita yang melayan suami dengan baik yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
- Wanita yang menjaga solat,puasa dan taat pada suami,Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana mana pintu yang dia suka.
- Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
- Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan wanita memicit suami jika disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
- Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap tiap titik susunya.
- Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya,Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
- Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
- Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya yang melihat isterinya dengan kasih sayang,akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
- Wanita yang mengguli tepung gandum dengan 'bismillah',Allah akan berkatkan rezekinya.
- Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Kaabah.
- Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
- Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya,Allah mengurniakan satu pahala lagi.
- Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
- Jika wanita menyusui anaknyasamapi cukup tempoh dua setengah tahun,maka malaikat malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga WAJIB baginya.
- Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetaapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia dengan istiqamah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya."
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud : "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah."
'IMAN ITU SEGALANYA'








No comments:
Post a Comment